About Me

Saya berasal dari Kg. Sentosa, Besut, Terengganu. Sememangnya orang kampung. Telah membesar di beberapa tempat di Johor & Kelantan kerana kelaziman anak-anak polis yang sering berpindah-randah. Tetapi ke kampung halaman jua keluarga saya kekal menetap sehingga sekarang.

Mendapat pendidikan awal di Tadika Kemas, Lenga, Muar, Johor. Seterusnya mula bersekolah di Sekolah Kebangsaan Lenga. Meneruskan pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh, Besut. Bersekolah menengah di Sekolah Menengah Agama Maarif, Kg. Raja dari Tingkatan 1 hingga 3. Seterusnya melanjutkan pendidikan menengah ke MRSM Kuala Berang, Hulu Terengganu di Tingkatan 4 & 5. Mendapat tawaran matrikulasi di Kolej Mara Seremban dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke UKM dalam bidang Sains Komputer.

Saya memulakan karier saya pada tahun 2004 sebuah syarikat di Subang Jaya sebagai IT Executive dan pada 2010 di sebuah syarikat di Meru, Klang. Akhirnya pada tahun yang sama saya telah membuat keputusan untuk menamatkan karier saya dan menjadi surirumah sepenuh masa.

Saya mendirikan rumahtangga pada 3 Jun 2006. Kini telah mempunya sepasang anak yang berusia antara 3 ke 2 tahun. Saya amat bahagia dengan kehidupan sekarang dan bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala rahmat yang Allah beri.

Berblog merupakan salah satu minat saya di masa lapang. Saya lebih suka berkongsi tentang kehidupan biasa saya bersama perbaca-pembaca. Kadang-kala di sini juga tempat saya meluahkan isi hati, pandangan & fikiran saya terhadap apa jua yang berlaku di sekeliling. Penggunaan kata diri 'aku' seolah-olah saya bermonolog dalam hati kerana dalam 'real life' saya amat jarang menggunakan perkataan tersebut ketika bersama orang-orang di sekeliling. Bukan bertujuan untuk menunjukkan kekasaran dalam berbicara.

Semoga anda semua enjoy membaca blog saya dan sudi meninggalkan sebarang comments, insyaAllah saya akan membacanya dan memberikan respon.

TQ,
Ida